top of page

Our Recent Posts

Tags

No tags yet.

WARNA-WARNI MALAYSIA BARU


e-Folio (PENGAJIAN MALAYSIA)

Nama Ahli Kumpulan:

1.Callesia Anak Jeneta (05DAT18F1076)

2.Vincent Foo (05DAT18F1090)

3.Maghtelda Anak Anggul (05DAT18F1098)

Kelas:DAT1C

Kursus:Pengajian Malaysia (DUB1012)

Kos:Diploma Akauntasi

Sesi:2018

Nama Pensyarah:Nurizan Binti Saury

Jabatan:Jabatan Perdagangan

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera kami ucapkan kepada pembaca blog kami.Terlebih dahulu kami berasa bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan e-folio ini dengan jayanya walaupun kami mengalami masalah kekangan masa kerana masing-masing sibuk dengan kerja kursus subjek yang lain serta sibuk mengulangkaji pelajaran.Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Nurizan Binti Saury iaitu pensyarah bagi mata pelajaran Pengajian Malaysia (DUB1012 ) di atas kesudian beliau memberikan tunjuk ajar tentang tugasan ini kepada kami.Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses membuat blog ini.Selain itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi tenaga dan wang untuk kami membeli pelan internet sepanjang penghasilan e-folio(blog) ini.Sebagai penutup tirai bicara,kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kapada rakan-rakan yang banyak membantu kami menyelesaikan tugasan ini secara tidak langsung.Sikap berkerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberikan ini.Akhir sekali,kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang sanggup membantu kami menyiapkan tugasan yang diberikan ini dan tanpa pertolongan anda semua,kami pasti tidak akan menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Sekian terima kasih dan SELAMAT MEMBACA!

PENGENALAN

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik dengan pelbagai budaya yang hidup aman dan harmoni.Selain itu, kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia ini juga telah menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang unik dengan adat resamnya.Di samping itu, budaya yang terdapat di Malaysia juga mempunyai perkaitan yang rapat dalam kehidupan masyarakat kita tanpa mengira kaum, bangsa dan agama .Tambahan pula perkataan budaya ianya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi(Sanskrit) yang membawa maksud kecergasan fikiran dan akal, manakala Daya (Melayu) yang dimaksudkan sebagai kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh (Buddayah).Akhir sekali,antara kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, India,Cina,Bidayuh dan Iban. Disini kami memperkenalkan budaya-budaya mereka dan beberapa kaum utama yang terdapat di Malaysia.

Maksud perpaduan kaum?

Perpaduan kaum ialah semua kaum di dalam sesebuah negara saling berkerjasamaatau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur dandamai.Sesebuah negara yang maju tidak akan wujud tanpa perpaduan dari semuakaum.Contohnya,negara jepun yang mempunyai perpaduan 100% menyebabkan negara itumembangun dengan megahnya.

Latar Belakang Perpaduan Kaum.

Masyarakat Malaysia hari ini terdiri dari berbagai kaum. Mereka ialah orang-orang Melayu dan Bumiputra lain, China, India dan lain-lain. Kelebihan yang menjadikan Malaysia menarik dan mempunyai budaya yang tersendiri. Terdapat berjenis-jenis bahasa, agama, muzik, tarian, lagu, pakaian dan makanan. Namun, perbezaan antara kaum ini telah menimbulkan beberapa masalah pada masa dahulu. Masalah ini timbul apabila sesuatu kaum itu tidak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kaum yang lain. Ada banyak cara untuk membentuk satu masyarakat Malaysia. Antaranya ialah mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kaum-kaum lain. Sungguhpun masalah-masalah ini tidak boleh diatasi dengan setakat membaca mengenai kaum-kaum ini sahaja, namun, ini boleh membantu dan membolehkan kita memahami dengan lebih baik mengenai masyarakat yang kita anggotai.

Masyarakat Melayu

Kaum yang terbesar di Malaysia ialah orang-orang Melayu. Orang Melayu yang awal tinggal di sepanjang sungai dalam kumpulan yang agak teratur. Sejak lebih kurang 2000 tahun dahulu mereka telah berdagang dengan pedagang-pedagang China dan India. Perdagangan ini mengakibatkan munculnya kerajaan pantai yang berpengaruhkan India seperti Lembah Bujang, Gangga Negara dan Tan-tan (Treng-ganu). Lama-kelamaan kerajaan-kerajaan ini merosot kerana kebangkitan pusat-pusat perdagangan yang lebih kuat seperti Srivijaya dan Majapahit.

Lebih kurang 500 tahun dahulu Melaka telah menjadi pelabuhan yang terpenting di Asia Tenggara. Kerajaan Melaka telah menakluk seluruh Tanah Melayu. Empayar Melaka telah menyatukan Semenanjung Tanah Melayu. Agama Islam telah menjadi panduan bagi orang-orang di Melaka dan menjadi agama bagi orang-orang Melayu. Hampir semua penduduk-penduduk Semenanjung terdiri dari orang-orang Melayu. Selewat tahun 1800, 90 peratus daripada penduduk-penduduk Semenanjung Tanah Melayu adalah terdiri daripada orang Melayu. Walaubagaimanapun, pada masa itu telah pun berlaku imigrasi penduduk-penduduk dari negara-negara Asia Tenggara yang lain ke Tanah Melayu.

Makanan Tradisi Masyarakat Melayu

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.

1.NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.

2.LEMANG

Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.

3.TAPAI

Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.

Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.

4.BELACAN

Belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil @ geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan di gemari ramai. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya.Tetapi belacan kini telah di terima oleh semua peringkat usia dan bangsa di Malaysia,malah pengeluar belacan yang mengeluarkan secara komersial dan besar-besaran juga bukan hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja.Belacan kini digunakan dalam pelbagai resepi masakan pelbagai bangsa juga.Proses pembuatannya agak mudah tapi memerlukan kemahiran untuk menghasilkan mutu dan kualiti belacan agar tahan lama.

5.RENDANG

Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Salah satu makanan khas dari budaya Minangkabau, dan sering di sajikan pada acara-acara dan upacara untuk menghormati tamu. Makanan yg satu ini juga populer di Malaysia dan Singapura, rendang disiapkan secara tradisional oleh masyarakat Melayu pada acara-acara pesta. Walaupun kadang-kadang rendang digambarkan sebagai seperti kari, dan nama yang kadang-kadang diterapkan untuk kari daging hidangan di Malaysia, asli rendang tidak seperti kari.Rendang dibuat dari daging sapi (atau kadang-kadang ayam, daging domba, kerbau, bebek, atau sayuran seperti nangka atau singkong) santan dan rempah-rempah di masak beberapa jam dengan api kecil, memungkinkan agar daging bisa menyerap bumbu2nya dan daging menjadi empuk. Memasak dengan proses perubahan dari air ke goreng sebagai cair evaporates. . Rempah-rempah yang dapat mencakup jahe, galangal, daun kunyit, lemon grass dan cabai. Ada dua jenis rendang: kering dan basah. Rendang kering dapat disimpan untuk 3-4 bulan, Rendang basah, juga dikenal sebagai kalio.

6.PUTU PIRING

Putu piring banyak dijual di pasar malam. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung ubi, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda (nyiur kulit hidup).Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning.

7.BOTOK-BOTOK

Botok- botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang hanya boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianya berbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa khabarnya terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding.

8.CENCALOK

Masyarakat Melayu di Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanan tradisionalnya, yang memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Selera Melaka sudah menjadi santapan lazim masyarakat Malaysia. Salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan nasi. Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau. Udang geragau akan dicampurkan dengan air dan akan dicampurkan dengan sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi sudah menjadi sebati, seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-rapat dengan menggunakan kain bersih untuk diperam dan disimpan selama 3 hari. Untuk menyedapkan rasanya lagi bolehlah dimasukkan sedikit air didih nasi. Untuk menyedapkan lagi apabila dimakan dengan nasi, hendaklah dicampurkan dengan lada basah dan bawang besar yang dihiris kemudian diperahkan dengan limau nipis atau limau kasturi atau juga dicampurkan sedikit lada basah dan sehiris halia kemudian digoreng dengan telur.

9.DODOL-DODOL

Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat.Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

10.OTAK-OTAK

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”

Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

Warisan Seni Bina Masyarakat Melayu

Aspek estetika rumah Melayu terpancar pada reka bentuknya yang indah, bermula dari halaman yang redup oleh pepohon bunga dan ulaman, lewat tangga yang tersusun, anjung yang nyaman, serambi yang luas serta bilik dan dapur yang selesa. Konsep rumah Melayu ini kemudian dikembangkan kepada istana, masjid dan surau. Aspek kekuatan pada seni bina orang Melayu pula terlihat pada binaan kota-kotanya yang besar dan tegap yang kekal hingga ke hari ini. Orang Melayu juga amat kuat berpegang kepada adat dan suruhan serta tegahan agama Islam. Dengan demikian kita dapat melihat seni bina masjid yang indah di seluruh Alam Melayu. Keindahan seni bina Melayu yang awal ini dapat dikesan melalui epigrafi Islam pada nisan-nisan yang awal. Kreativiti minda bangsa Melayu yang diwarisi oleh tukang-rukang yang mahir ini telah menghasilkan reka bentuk seni bina yang bukan sahaja indah malahan halus dan kaya dengan falsafah yang tersirat tetapi mudah difahami. Tradisi ini tidak lagi dapat bertahan dalam arus pemodenan bangsa Melayu dan haruslah dikekalkan dalam bentuk yang kekal dan selamat. Buku ini adalah rakaman pencapaian bangsa Melayu dalam kemahiran dan kepandaian menghasilkan seni bina serta reka bentuk rumah, istana, masjid dan bangunan lain yang sangat akrab dengan kehidupan bangsa Melayu sejak berabad-abad lamanya. Semua ini adalah untuk tatapan kita dan generasi akan datang.

Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu

Pakaian Tradisional Kaum Melayu (Perempuan)

Baju kurung, yang terdiri atas kain,baju dan selendang panjang dan kedalaman baju agak diatas lutut. Ada juga baju kurung sehari-hari dirumah yang kedalamannya sepinggang atau sedikit dibawah pinggang. Baju kurung sehari-hari biasanya hanya menggunakan baju kurung dan kain batik.

Bentuk baju kurung pergelangan panjang dan ukuran badan agak longgar, tak boleh ketat (tak boleh menampakan lekuk-lekuk tubuh pemakai). Bahan bervariasi ada yang polos, berbung-bunga dan sebagainya, tetapi tak boleh tembus pandang ( transparan).

Warna baju dan kain dsesuaikan dengan selera pemakai. Orang perempuan yang sudah berumur tak boleh memakai baju yang berwarna mencolok. Selendang dipakai lepas engan lepas dibahu dan biasanya tak melengkar dileher pemakai.

Pakaian Tradisional Kaum Melayu (Lelaki)

Baju Melayu (bahasa Arab: باجو ملايو) ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok. Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat.Sesetengah syarikat membenarkan pekerja lelaki mereka untuk memakai baju Melayu pada hari Jumaat, sedangkan yang lain telah ia sebagai satu dasar.

Alat Muzik Masyarakat Melayu

1.GAMBUS

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.

2.GENDANG SILAT

Sepasang gendang bulat besar, anak dan ibu. Temalang atau badannya diperbuat daripada kayu merbau dan kedua-duanya ditutup dengan kulit harimau. Kedua-dua gendang dipalu dengan tangan atau pemukul yang diperbuat daripada kayu merbau. Lilitan rotan halus diselitkan di antara tebing dan belulang untuk menetapkan ketegangannya.

3.KOMPANG

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulitkompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.

Masyarakat Cina

Malaysia terletak di laluan perdagangan di antara India dan China. Perhubungan antara orang-orang Melayu, China dan India telah bermula sejak kira-kira 2000 tahun dahulu. Kerajaan-kerajaan Melayu di sepanjang pantai menjalankan kegiatan perdagangan dengan orang-orang China dan India. Hubungan antara orang-orang Melayu dan China menjadi lebih erat pada era Kesultanan Melayu Melaka. Perkembangan ini berlaku dalam kurun yang ke-l5. Terdapat pertemuan di antara pemerintah-pemerintah Melaka dan Maharaja China. Dalam tahun 1411, Parameswara, pemerintah Melaka yang pertama telah melawat Maharaja China. Baginda pergi dengan isterinya, anak dan lebih daripada 500 orang pengikutnya. Kedatangan mereka semua disambut dengan baik. Kedua-dua pemerintah itu bertukar-tukar cenderamata.

Maharaja China sangat tertarik dengan kemajuan dan kebesaran Melaka dan pemerintah-pemerintahnya. Baginda menghantar puterinya yang cantik bernama Hang Li Po, untuk mengahwini Sultan Mansur Shah. Puteri Hang Li Po datang ke Melaka dengan kira-kira 500 orang pengikut. Semua pengikutnya menetap di Melaka di sebuah tempat yang sekarang ini digelar Bukit China. Keturunan mereka digelar Baba dan Nyonya.

Makanan Tradisi Masyarakat Cina

Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga.Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.

1.BAK KUT THE

Bak Kut The (肉骨茶) secara harfiah bermaksud “Daging Bone Teh”. Ini masakan yang unik popular di Malaysia. Ini sup herba China direbus dengan rusuk cadang dan bahan tambahan lain seperti cendawan, jeroan, goreng tahu puff. Esensi dari hidangan ini terletak pada harum sup siap dengan bermacam-macam jamu.Ini biasanya dimakan dengan nasi putih, ditemani secangkir teh China.

2.LOK-LOK

Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.

3.CHAR KWAY TEOW

Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.

4.KUIH BAKUL

Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud ‘kuih’ dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo ) bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.

Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kantonis dari Guangdong.

5.JIAOZI

Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China, khususnya orang China utara. Sejak lebih 1800 tahun dahulu, orang China sudah mula memakan Jiaozi. Ia merupakan makanan tradisional masyarakat China. Di negeri China, ada satu ungkapan yang terkenal, iaitu “Jiaozi ialah makanan paling sedap”. Pada pandangan orang China, Jiaozi mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu, apabila orang China berkumpul, mereka akan makan, dan Jiaozi merupakan makanan utama. Lebih-lebih lagi ketika merayakan Tahun Baru China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum masuknya Tahun Baru mengikut kalendar China, memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah pun berlalu dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya seperti “Yuanbao”, sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu, maka memakan Jiaozi juga melambangkan “duit datang”. Satu sebab yang lain memakannya ialah Jiaozi mempunyai inti. Maka orang China suka mengisi pelbagai jenis inti ke dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya bertuah pada tahun baru yang akan tiba itu.Pada masa dahulu, taraf hidup rakyat masih kurang tinggi. Maka, memakan Jiaozi amat membahagiakan mereka. Sekarang, dengan meningkatnya taraf hidup rakyat, Jiaozi telah menjadi makanan biasa sahaja. Buatan Jiaozi terdiri daripada kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan intinya daripada pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil laut dan lain-lain. Oleh sebab Jiaozi mempunyai kulit, ketika direbus, wangi intinya tidak akan hilang. Suhu air untuk merebus Jiaozi juga lebih rendah daripada suhu untuk memasak lauk lain. Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat dalam inti Jiaozi tidak akan berkurang. Jadi, Jiaozi memang sangat sedap dimakan.Memasak Jiaozi ada pelbagai cara. Jiaozi boleh dikukus, atau digoreng, manakala direbus merupakan cara yang paling popular.Membuat Jiaozi tidak sukar. Biasanya dua orang mampu membuat Jiaozi untuk menjamu 3 hingga 5 orang, dalam masa lebih kurang sejam sahaja. Di pasar raya juga terdapat Jiaozi yang dibuat menggunakan mesin. Namun, Jiaozi yang disejuk beku dengan cepat. Ini rasanya kurang sedap dan segar berbanding Jiaozi buatan tangan kerana kulitnya lebih tebal.Orang China suka makan Jiaozi yang dicelup sedikit cuka atau kicap yang dicampur dengan sedikit minyak bijan. Rasanya menjadi lebih sedap. Ada juga yang mencampurkan sedikit cili atau gula ke dalam sos tersebut, bergantung kepada selera masing-masing.untuk membawa kegembiraan kepada orang ramai, Jiaozi telah menjadi sebahagian yang penting dalam budaya makanan China.

6.KUIH BULAN

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

7.PENG BING

Ia merupakan kuih tradisional bagi masyarakat lama dahulu. Big Thumb bakery telah memperbaharui dan mengubah bentuk dan rasanya seperti yang kita lihat di atas. Rupanya yang berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng Bing diperbaharui tetapi masih menggunakan tepung yang sama cuma intinya lebih sedap lagi.

8.GUANG BING

Di ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China. Rasanya seperti French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba .

9.GAN PAN MIAN

Nama lainnya ialah Kampua. Ia adalah sejenis mee bagi masyarakat Foochow yang mana ianya sedap, murah dan di sukai oleh masyarakat tempatan. Harga sepinggan Gan Pan Mian adalah sekitar RM1.50 sahaja. Bahan-bahan nya terdiri daripada mee, minyak khinzir, daun bawang, bawang goreng dan bak kut teh.

10.DING BIAN HU

Ia merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur nasi dan ia dikenali “bubur kulat”. Masyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat berkhasiat untuk membuang panas yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga.

Warisan Senibina Masyarakat Cina

Gaya seni bina Cina merujuk kepada suatu gaya seni bina yang telah dibentukkan di Asia untuk beberapa abad. Prinsip-prinsip seni bina Cina telah kekal secara besarnya tidak berubah, perubahan utama hanya pada perincian berhiasan. Sejak Dinasti Tang, seni bina China telah mempunyai pengaruh besar ke atas gaya seni bina Korea, Vietnam dan Jepun.

Gaya seni bina China adalah setua tamadun China. Dari setiap sumber maklumat - sastera, grafik, teladan - adanya bukti kuat menyaksikan pada nyatanya bahawa orang China telah sentiasa menggunakan sistem asli pada pembinaan yang telah mengekalkan ciri-ciri prinsip dari zaman prasejarah ke hari kini. Ke atas kawasan yang besar dari Turkistan China ke Jepun, dari Manchuria ke bahagian utara Indochina Perancis, sistem pembinaan yang sama tersebar; dan ini adalah kawasan pengaruh budaya China. Bahawa sistem ini pada pembinaan dapat sendiri hidup lamanya untuk lebih daripada empat ribu tahun ke atas suatu wilayah yang sangat besar dan masih kekal sebagai sebuah gaya seni bina hidup, mengekalkan ciri-ciri utamanya pada masa serangan asing yang berulangan - tentera, intelektual, dan rohaniah - adalah suatu fenomena yang cuma dapat dibandingkan dengan kelanjutan tamadun yang mana ia adalah suatu bahagian yang penting

Senibina masyarakat cina terbahagi kepada 2 jenis iaitu senibina tradisional dan senibina Baba-Nyonya.Kebanyakan masyarakat cina mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu ukiran ataupun senibina yang digambarkan. Contoh senibina tradisional adalah tokong-tokong cina di seluruh negara,seperti Tokong Chen Hong Teng yang dibina pada tahun1646 manakala senibina Baba-Nyonya banyak terdapat di negeri pulau pinang dan melaka.Pembinaannya dibina dengan halaman terbuka di bahagian dalam rumah dan pemasangan jubin yang cantik dan mempunyai corak serta berwarna-warni.Tambahan pula,terdapat juga senibina masyarakat cina yang menggabungkan unsur Cina dan Barat.Senibina seumpama ini jarang ditemui dan dapat dilihat di masjid Tengkera Melaka yang hampir sama dengan menara pagoda yang menunjukkan unsur senibina cina di bumbung dan digabungkan dengan tirai dan kisi-kisi berunsur barat.

1.Tokong-Tokong Cina

2.Seni Bina Baba Nyonya

Pakaian Tradisional Masyarakat Cina

Pakaian Tradisional Masyarakat Cina (Perempuan)

Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya.

Motif-motif tersebut mempunyai makna-makna tertentu dan hanya dapat dikenakan kaum sosial tertentu sahaja:

• Peony

Selama lebih dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga yang juga menjadi bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan kesejahteraan

• Teratai

Dalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada masyarakat Tibet, teratai mencerminkan kecantikan yang suci.

• Bunga krisan

Bagi masyarakat china, bunga krisan adalah perlambang panjang umur.

• Ikan

Ikan juga merupakan lambang kesejahteraan.

• Burung

Motif burung adalah lambang kecantikan dan kemurnian. Namun motif burung tertentu melambangkan kelas sosial pemakainya. Burung phoenix misalnya, hanya bisa dikenakan oleh keluarga inti kerajaan. Misalnya permaisuri dan putri kaisar. Motif burung merak bisa dikenakan wanita bangsawan tingkat dua, sedangkan motif bebek mandarin bisa dikenakan kelas sosial berikutnya.

Pakaian Tradisional Kaum Cina (Lelaki)

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

Alatan Müzik Masyarakat Cina

1.Erhu

NAMA:

Erhu dikategorikan sebagai alat Kordofon.Ia merupakan sejenis alat muzik gesekan bertali dua.Erhu adalah di antara alat muzik paling popular dalam keluarga Hu-qin di China.

DIPERBUAT:

Badan Erhu digilap dengan rapi dan di bahagian hujungnya berbentuk naga sementara di bahagian bawahnya ialah kotak bunyi yang dipasangkan dengan kulit ular.

FUNGSI:

Di dalam Orkestra Cina,Erhu terbhagi kepada dua iaitu Erhu abad pertama dan abad kedua atau ringkasnya dipanggil Erhu pertama dan kedua.

2. Liu Qin

NAMA:

Liu Qin adalah alat muzik dalam kategori Kordofon.Ia merupakan alat muzik bertali yang dipetik seperti Pipa kecuali ia bersaiz lebih kecil dan bunyi seperti sebuah Mandolin.

DIPERBUAT:

Liu Qin dipetik dengan satu alat pemetik yang diperbuat daripada tanduk tetapi sekarang alat pemetik ini diperbuat daripada plastik.

FUNGSI:

Ia digunakan juga untuk mengiringi Opera Cina dan nyanyian rakyat .Selain itu, ia digunakan untuk memainkan not-not yang tinggi di dalam Orkestra Cina.

3. Bo

NAMA:

Bo yang juga dikenali sebagai Po adalah sejenis alat muzik yang diklasifikasikan dalam kumpulan Idiofon.Alat ini sangat popular semasa Dinasti Sui dan Dinasti Tang

(581-907).

DIPERBUAT:

Sepasang piring bulat yang rata yang biasanya diperbuat daripada kepingan gangsa.

FUNGSI:

Masyarakat Cina biasanya menganggap bunyi yang kuat sebagai baik sepertimana amalan mereka membakar mercun untuk menghalau hantu.

Masyarakat India

Kita telah pun membaca mengenai asal-usul kaum China di Malaysia. Orang-orang India juga adalah kaum yang besar di Malaysia. Pada masa sekarang 10 peratus daripada penduduk-penduduk Malaysia terdiri dari orang-orang India. Kuil, muzik, panggung wayang, pakaian dan makanan India telah menjadi sebahagian dari kehidupan Malaysia. Orang-orang India membuat berbagai jenis kerja. Ada yang menjadi doktor, peguam, jurutera, guru, kerani, buruh dalam perkhidmatan awam dan juga penoreh getah di ladang-ladang getah. Ramai daripada orang-orang India di sini bekerja di ladang-ladang getah.

Ramai orang India yang tinggal di sini pada hari ini adalah dari keturunan orang-orang India yang datang ke Malaysia pada kurun yang ke-20. Perhubungan di antara orang-orang India dan Malaysia telah terjalin sejak beberapa kurun dahulu. Beberapa kumpulan kecil orang-orang India telah tinggal di sini sejak beratus-ratus tahun dahulu.

Penjajahan telah menempatkan jenis pekerjaan bagi setiap kaum. Hal ini telah menyebabkan permusuhan antara kaum terjadi di Malaysia pada 13 Mei 1969.

Makanan Tradisi Masyarakat India

1.MURUKKU

Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri. Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India. Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras. Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan. Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin. Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur. Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut.

2.TOSAI

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

3.IDLI

Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna, rave atau sambar idli. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

4.ULUNDU VADAI

Ulundu Vadai pula merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang ditengah. Ia sedap dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.

5.NASI BERIANI

Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade, maruku dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. Contohnya nasi mangga.

6.PUTU MAYAM

Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka,Malaysia dan Singapura sebagai snek.Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air/atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee. Ia dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan.Di Malaysia danSingapura, putu mayam dan seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk. Di Indonesia, putu mayam dikenali sebagai Putu mayang.Asal hidangan ini kemungkinannya dari Tamil nadu, selatan India, di mana mee tepung beras yang sama dihidangkan bersama gula dan kelapa, dan kadangkala dengan pisang juga, sebagai iddiyappam. Hidangan ini dimakan sebagai makan pagi bersama dengan sayuran berkuah atau aviyal, aau kari ikan, dll. Kesukaan bagi hidangan putu mayam, putu piring, atau cendol yang agak manis dengan hidangan berperisa juga biasa di Malaysia dan Singapore. Iddiyappam biasa terdapat diKerala, Tamil Nadu, dan negeri selatan India, termasuk juga Sri Lanka. Tepung iddiyapam halus yang dijual secara perdagangan turut dijual sebagai cara mudah menghasilkan kesemua hidangan ini.

7.NEI URUNDAI

Nei urundai ialah hidangan tradisi di Selatan India . Ianya kaya dengan protein . Boleh dibuat dengan hanya satu jenis dal atau kombinasi dua jenis dal.

Warisan Senibina Masyarakat India

Bagi masyarakat india pula,senibina banyak dipamerkan melalui kuil-kuil Hindu.Lazimnya senibina masyarakat india bewarna-warni dan mempunyai unsur-unsur dewa-dewi kepercayaan agama hindu.Contoh senibina india iaitu Kuil Sri mahamariaman yang dibina pada hujung abad ke-19 di Kuala Lumpur yang merupakan kuil tercantik di negara ini.Senibina yang dipaparkan adalah secara terperinci menggabungkan ukiran halus,hiasan emas,motif lukisan tangan dan jubin yang cantik.

Pakaian Tradisional Masyarakat India

Pakaian Tradisional Masyarakat India (Perempuan)

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

SariDari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.

Pakaian Tradisional Masyarakat (India Lelaki)

Kurta pula merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum india. Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churid.

Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. Kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

Alat Muzik Masyarakat India

1.Dholak

NAMA:

Dholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk tong yang dikategorikan sebagai alat Membranofon.

DIPERBUAT:

Permukaannya yang lebih kecil di sebelah kanan iaitu muka trebel ditutupi dengan kulit kambing yang ditala kepada pic yang lebih tinggi.Manakala di sebelah muka yang lebih besar iaiatu muka bes dipasang dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di bahagian dalam kulit mukanya.Lapisan khas ini iaitu yang diperbuat dari campuran tar,tanah liat dan pasir halus menghasilkan pic yang rendah.Baluh alat ini diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali.

FUNGSI:

Dholak dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat.

2.Manjira

NAMA:

Manjira dikategorikan sebagai alat Idiofon.

DIPERBUAT:

Ia diperbuat daripada logam gangsa.

FUNGSI:

Di dalam muzik klasik India,peranannya adalah untuk mengiringi nyanyian dan memainkan irama.Ia merupakan komponen yang penting di dalam muzik bhanjas dan muzik tarian.

3. Sitar

Masyarakat Iban

Perempuan Iban memakai pakaian tradisional (Ngepan Iban) semasa perayaan Hari Gawai di Debak, Betong, Sarawak

Jumlah penduduk2,785,800 (Sarawak sahaja)

Rantau dengan penduduk pentingSarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah, Johor dan Selangor

BahasaIban .AgamaKepercayaan Nenek Moyang(Pengarap Lama), Kristian, Islam

Kelompok etnik terdekatDayak Laut, Bidayuh, Melayu Sarawak-Kalimantan Barat, Orang Ulu, Balau, Mualang, Remun, Seberuang, Sebuyau, Kendayan, Keninjal, Dayak Malayik & Urak Lawoi

Iban atau Dayak Iban (dalam Bahasa Iban Iban bermaksud orang atau manusia), adalah salah satu rumpun Dayak yang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah dan Johor. Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum Iban khasnya atau bangsa Dayak amnya terjadi semasa zaman kegemilangan Kerajaan Dayak di Tampun Juah, sebelum kaum Iban dan bangsa Dayak berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku yang ada sekarang. Semasa zaman kolonial Inggerisdi Sarawak dan Belanda di Kalimantan Barat, kaum Iban sebelumnya dikenal sebagai Dayak Laut dalam pengertian Bahasa Iban Laut bermaksud Melayu (merujuk kepada kaum Melayu). Jika diistilah secara betul Dayak Laut dalam Bahasa Iban bermaksud Dayak Melayu. Fakta ini juga disokong kerana ada satu lagi rumpun bangsa Dayak Laut iaitu Dayak Malayik atau Dayak Melayuyang tinggal di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah. Fakta ini disokong kerana bahasa Iban adalah bahasa yang paling dekat dengan Bahasa Melayu dan bahasa Iban sendiri berasal dari rumpun Malayic dan berparas rupa serta fizikal dari ras Malayoloid. Kekadang asal-usul maksud Dayak Laut ditafsirkan dalam bahasa Melayu dan diterjemah kepada Bahasa Inggeris bermaksud Sea Dayak sebagai menggenapi maksud Land Dayak yang digunapakai oleh kaum Bidayuh kerana dalam bangsa Dayak dibahagikan kepada 4 subbangsa iaitu Dayak Laut, Dayak Darat, Dayak Orang Ulu dan Dayak Barito.

Makanan Tradisi Kaum Iban

1.MANUK PANSUH

MANUK PANSUH iaitu ayam yang di masak di dalam buluh. Biasanya masyarakat Iban akan menggunakan ayam tua untuk dibuat “pansuh”. Makanan ini sedap dijadikan lauk dan “tabas” semasa perayaan. Daun ubi dan daun bungkang akan diletakkan pada hujung buluh untuk menghasilkan bau wangi. Manuk Pansuh merupakan makanan popular ketika perayaan Hari Gawai dan wajib dicuba oleh anda semua !

Manuk Pansuh. (manuk bermaksud ayam dalam bahasa Iban)

2.KASAM IKAN

KASAM IKAN atau “Pekasam” sangat dikenali bagi suku kaum masyarakat Iban. Tidak sah kalau suku iban menghidang makanan tanpa pekasam di sisi. Selalunya, ikan akan diperam selama sebulan sebelum di makan, makin lama peraman makin sedap rasa isinya. Selain itu, pelbagai jenis ikan boleh digunakan untuk di jadikan pekasam seperti ikan semah, baong, lampam jawa, tengadak, sepat dan apa apa saja jenis ikan sungai.

Ikan kasam yang dibuat daripada ikan sungai.

3.PEKASAM ENSABI

PEKASAM ENSAB iaitu makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sayur sawi yang dibuat jeruk hingga menjadikannya sebagai pekasam. Pekasam ensabi juga dikenali sebagai “kasam ensabi” oleh masyarakat Iban. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas dan dicampur dengan limau. Rasanya akan membuat kita ingin menambah nasi!

4.UMAI

UMAI merupakan makanan tradisi kaum Melanau yang berada di Sarawak terutamanya golongan nelayan. Pada dasarnya, umai merupakan juadah yang terdiri daripada hirisan ikan mentah, udang atau sotong yang dicampur dengan bawang, cili, garam dan perahan air limau. Rasanya yang ‘fresh’ akan akan membuat anda semua kembali bertenaga !

5.PENGANAN

Penganan merupakan makanan wajib ketika perayaan gawai. Kuih ini digoreng sehingga menjadi keemasan. Penganan mempunyai rasa yang manis dan amat lazat serta dihidangkan ketika Hari Gawai.

6.SAYUR MIDIN ATAU 'KEMIDING'

SAYUR MIDIN atau “kemiding” merupakan salah satu daripada makanan kampung yang boleh didapati di tepi semak. “Kemiding” selalunya akan di masak dengan sambal belacan. Namun makanan ini bukan saja boleh didapati di kampung bahkan di bandar . Sayur midin ini merupakan makanan tradisional bagi masyarakat Iban. Rasanya yang rangup dan sedap ini pasti akan membangkitkan selera anda ! Saya sudah cuba, anda bila lagi ?

7.ULAT SAGU

Haiwan ini dipanggil ulat sagu. Ulat sagu ataupun ulat mulong (kalangan org sarawak) adalah sejenis ulat yang boleh didapati dalam pokok sagu. Biasanya pokok yg tua ditebang dan dikopek2 untuk cari ulat ni. Ulat ni dijadikan makanan oleh kaum pribumi sana. Kalau di pasar2 tani sana memang ada dijual (macam jual sayur2 gitu). Namun hati2. Sebab ada fatwa yang mengatakan ulat ini haram dimakan.

Warisan Senibina Masyarakat Iban

Rumah Panjang merupakan tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri maupun dari segi keselamatan dan kebudayaan. Senibina rumah ini berpegang teguh dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana masyarakat luar.

Rumah ini menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian yang mudah didapati di Kepulauan Borneo. Bumbunngnya dari daun rumbia seperti Biru, Pantu, Mulong dan jenis daun tebal.

Dinding rumah berkenaan diperbuat daripada kulit kayu seperti Terentang atau buluh yang dikelar dan dibelah. Lantainya pula menggunakan buluh, papan atau kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik.

Rumah Panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik. Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagai tempat tidur anak dara disamping tempat menyimpan bijian dan perkakas.

Pakaian Tradisional Masyarakat Iban

Pakaian Tradisional Masyarakat Iban (Perempuan)

Ngepan Iban' atau juga dikenali sebagai Ngepan Indu Iban merupakan pakaian tradisi wanita suku kaum Iban. Asal usul ngepan indu iban dipercayai berasal daripada seorang gadis yang bernama Kumang pada zaman dahulu. Kumang merupakan seorang wanita yang sangat baik dalam kalangan wanita iban terdahulu. Beliau seorang wanita yang pandai membuat sebarang kerja wanita seperti bertenun, ngebat, membuat anyaman dan lain-lain. Selain itu, beliau dahulu bukan sahaja terkenal dengan kecantikan beliau tetapi beliau mempunyai sikap yang baik kepada orang lain.Kemahiran yang ada pada Kumang telah menghasilkan pakaian tersebut telah menjadi rujukan sebagai pakaian tradisional bagi masyarakat iban. Lengkap dengan perhiasaan perak, tembaga, manik dan kain yang dibuat daripada pelbagai corak telah menjadikan Kumang sebagai model bagi pakaian tradisional ini

Wanita Iban akan memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kain yang berukuran 110cmx60cm dan terdiri daripada dua bidang kain yang ditenun yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaanya, bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang berwarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada di antara bidang tersebut yang dihiasi dengan corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah. Dan ngepan ini akan diserikan lagi dengan aksesori-aksesori yang diperbuat daripada perak dan manik

Pakaian Tradisional Masyarakat Iban (Lelaki)

Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Siratdikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

Alatan Muzik Masyarakat Iban

1.Engkromong

Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki.

Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta dipratikkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada dimainkan untuk hari perayaan mereka, iaitu “Hari Gawai” ia juga dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat Iban khususnya dinegara ini.

2.Sape

Sape adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk gitar yang berasal dari Sarawak dan Kalimantan iaitu tengah Kepulauan Borneo. Alat muzik ini sering digunakan oleh kaum etnik Kenyah, Kayan, Iban, Dayak dan Kelabit. Alat muzik ini diperbuat dari kayu lembut seperti Meranti.Alat muzik ini dapat mengalunkan irama yang mengasyikkan sesuai dengan latar belakang hutan tropika di Borneo.Antara pemuzik Sape yang terkenal adalah Jerry Kamit.

Pada asalnya, alat muzik Sape ini dimainkan untuk upacara ritual dirumah panjang. Namun setelah mengalami perubahan masa, ia telah berubah menjadi alat muzik untuk hiburan dan kegiatan sosial seperti iringan untuk tarian tradisional etnik Kepulauan Borneo seperti Ngajat dan Datun Julud .

Gubahan muzik oleh alat ini divariasikan mengikut acara-acara keramaian tertentu seperti perkahwinan, kelahiran, pesta menuai serta selalunya diturunkan daripada generasi lama ke generasi baru.Alat muzik ini telah diberi perhatian daripada penggemar muzik tradisional kerana alunan melodi yang tenang dan mengasyikkan ini. Malah, inovasi terbaru iaitu Sape elektrik juga telah dicipta untuk menarik generasi muda bermain alat muzik ini.

3.Tawak

Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti ‘chak, dong, peng’.

4.Gendang Pampat

Gendang yang diperbuat daripada kayu keras seperti Tapang atau Mengeris dipotong berbentuk silinder panjang hingga 1 meter dan disalut dengan kulit kambing atau pelanduk disamping dihias dengan bulu rusa.Terdapat nama pada jenis jenis gendang ini seperti Gendang bebandong, gendang lanjan, gendang Tama Pechal, Gendang Enjun Batang dan Gendang Tinggang.Gendang pampat ini biasanya dimainkan oleh masyarakat Iban Dau di kawasan Sri Aman ini pada hari keramaian seperti Gawai Dayak dan Gawai Antu. Namun bagi mengekalkan kesinambungan budaya bergendang pampat ini satu festival gendang pampat diadakan secara tahunan di Melugu Sri Aman.Selain pasukan yang dianggotai oleh orang orang tua terdapat juga pasukan yang mengetengahkan anggota belia yang masih muda bagi meneruskan lagi kegemilangan main asal iban ini.

Masyarakat Bidayuh

Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang menemani kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu:

  1. Selakau/Lara (Daerah Lundu)

  2. Jagoi/Singai (Daerah Bau)

  3. Biatah (Daerah Kecil Padawan)

  4. Bukar/Sadong (Daerah Serian)[1]

  5. Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau

Mereka kebanyakannya beragama Kristian.

Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.

Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebagainya.

Bahasa orang Bidayuh

Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa-bahasa yang lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya, bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Hal ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi dengan satu sama lain sekiranya mereka adalah suku atau dari daerah yang berlainan. Sebagai contoh, suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula menyebut "makan" sebagai "man". Ada juga bidayuh yang baru dikenali sebagai Bidayuh Kuching Tengah atau "Bidayuh Moden ( Baru ), oleh kerana bahasa dan adat yang bercampur dari bidayuh bau jagoi dan bidayuh padawan.Kaum Bidayuh ini boleh ditemui dikawasan perkampungan berdekatan dengan bandar kuching iaitu :

1. Kampung Tematu Simorang

2. Kampung Semeba

3. Kampung Sudat

4. Kampung Bumbok

Makanan Tradisi Kaum Bidayuh

1.SUP PONAS

Sup Ponas atau "ubi kayu" merupakan bahan utama dalam membuat Sup Ponas ini. Dan ubi kayu tersebut haruslah diparut dahulu dan ia memberikan satu rasa yang tersendiri. Selain ramuan-ramuan seperti bawang putih, serai, sambal belacan, cili dan bahan-bahan sampingan lain untuk menambah keenakan sup tersebut.

2.REBUNG GULAI SEPUT SEDUT

Bahan-bahan yang diperlukan seperti rebung dan siput sedut mudah didapati di sekitar perkampungan masyarakat Bidayuh. Pada masa dahulu sehingga kini masakan ini masih lagi dihidangkan sebagai sajian utama pada setiap masyarakat Bidayuh bahkan ia tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu dan lain-lain bangsa yang terdapat di Sarawak.

Warisan Senibina Kaum BIdayuh

Kampung Benuk, Bidayuh Culture, Malaysia

Kebiasaannya atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu manakala dindingnya pula diperbuat daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjangnya pula diperbuat daripada papan atau buluh dan struktur tiangnya diperbuat daripada jenis kayu yang tahan lama iaitu kayu belian.

Rumah panjangnya pula terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ruangan bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama merupakan ruang utama kediaman yang mana disinilah akan diletakkan barangan peribadi keluarga seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ianya juga berfungsi sebagai tempat tidur bagi sesuatu keluarga.

Awah pula adalah bahagian pelantar terletak di luar rumah tradisi kaum Bidayuh dan ianya bolehlah disamakan dengan ruangan verandah untuk kediaman moden sekarang. Di Awah inilah kebiasaannya para wanita Bidayuh akan melakukan kerja harian mereka seperti menganyam serta bergaul sesama komuniti masyarakat Bidayuh. Awah juga merupakan satu tempat untuk mereka mengadakan majlis selepas upacara keagamaan atau adat.

Tanju pula adalah satu ruangan yang terdedah di luar rumah tradisi kaum Bidayuh. Ianya adalah ruangan terbuka dan kebiasaannya digunakan untuk menjemur hasil pertanian kaum Bidayuh seperti padi, lada dan banyak lagi.

Pada dasarnya rumah tradisi kaum Bidayuh agak sama dengan fungsi rumah panjang kaum Iban Cuma keunikan dan perbezaannya terletak pada rumah Baruk. Baruk mempunyai senibina yang unik seperti rumah bulat dan disinilah sebenarnya menjadi nadi kepada musyawarah kaum Bidayuh.

Baruk dikategorikan sebagai rumah adat yang mana disinilah segala upacara keagamaan serta tradisi kaum Bidayuh bermula. Di Baruk juga akan diletakkan tengkorak-tengkorak kepala musuh yang dipenggal suatu waktu dahulu dipamerkan.

Pakaian Tradisional kaum Bidayuh

Pakaian Tradisional Masyarakat Bidayuh (Perempuan)

Pemilihan aksesori selalunya mengikut daerah,bahagian,dan kupoa(kampung).melihat kepada suku kaum bidayuh area bau,etnik suku Jagoi dan etnik padawan(cth bisapuq,brang dll) kegunaan aksesori amat berbeza melalui headgear dan tali pinggang.

selain itu,masyarakat yang hendak menghantar ''manuk sabung''perlu juga menitik beratkan pemasangan aksesori yang betul,sebab saya melihat ia kurang sesuai dengan aksesori bidayuh itu sendiri,cuba kita lihat aksesori iban,kebanyakan pemasangan aksesori bidayuh juga digunakan,bukan tidak bolih tetapi KURANG TEPAT ,waema berlaku asimilasi tetapi jika dilhat daripada sudut yang sesuai dan zaman,wanita wanita bidayuh terutama ''neh borih''mereka tidak menggunakan sebarang aksesori daripada suku kaum lain terutama penggunaan LAMPIT iban.

Dalam aksesori Bidayuh juga mempunyai nama nama pada setiap aksesorinya,terutama dari headgear sampai gelang kaki.Penggunaan aksesori yang kurang sesuai akan menjejaskan si pemakai ,tambahan lagi si pemakai itu tidak faham kegunaan dan kurang mahir tentang aksesori juga akan menjejaskan juga.

Pakaian Tradisional Masyarakat Bidayuh (Lelaki)

Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang. Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.

Alat Muzik Masyarakat Bidayuh

Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikkan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan. Umumnya muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar terbahagi daripada dua iaitu Oguong dan Kitaak, canang, Gendang atau Pedabat dan Tawak (sejenis gong kecil). Terdapat juga alat muzik tradisional yang lain seperti serunai/seruling dan gitar buluh. Namun alat muzik seumpama ini amat kurang dimainkan kerana proses pembuatannya yang agak rumit.

PENGAJARAN

1.Mewujudkan masyarakat yang harmoni

2.Menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia.

3.Dapat memajukan ekonomi negara.

4.Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan

5.Masyarakat haruslah menghayati nilai-nilai murni seperti nilai toleransi dalam pergaulan seharian supaya perselisihan faham tidak berlaku.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya bagi kita.Oleh itu,kita mestilah menghargai kaum antara satu sama lai. Perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia mampu meningkatkan imej negara di mata dunia. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankan negara kita. Malah, Malaysia masih lagi menjadi tempat tarikan pelancong kerana terdapat pelbagai kaum seperti Melayu,Cina,India,Bidayuh dan Iban.Antara tempat yang sering dikunjiungi oleh orang asing ialah seperti Kampung Budaya yang terdapat di Kuching,Sarawak.Di Kampung Budaya,terdapat pelbagai rumah-rumah traditional yang dimiliki oleh pelbagai kaum seperti rumah orang Melanau dan rumah orang Iban iaitu rumah panjang.Di camping itu,masyarakat kita sepatutnya mempraktikkan amalan bertolak ansur antara satu sama lain supaya negara kita dapat mencapai impian pada masa depan yang lebih gemilang dan mencapai wawasan 2020 seperti yang dirancangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita iaitu Mahathir Mohamad.

RUJUKAN

https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-melayu/

https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-cina/

http://femyjunnedyas.blogspot.com/p/kaum-india.html

https://ibans502sivik.wordpress.com/2017/06/23/makanan-tradisional-masyarakat-iban/

http://parrotred.blogspot.com/2016/03/rumah-tradisi-kaum-bidayuh.html?m=1

http://sivikkewarganegaraan-cheedah.blogspot.com/p/seni-bina-pelbagai-kaum.html

bottom of page